Tanggungjawab sosial korporat Tesco

Tesco memiliki polisi korporat yang luas terhadap tanggungjawab sosial korporat. Tesco sentiasa menyediakan program-program untuk memberikan sokongan terhadap masyarakat serta komuniti setempat. Program-program yang sering diaturkan oleh Tesco dan yang paling kerap dilaksanakan adalah program 'Charity of The Year' di mana di dalam pengisian kempen ini, Tesco akan memilih sebuah rumah kebajikan untuk dijadikan rumah angkat bagi tempoh setahun di samping menjalankan pelbagai aktiviti mengutip derma sepanjang tempoh tersebut.

Di samping program 'Charity of The Year', Tesco turut terlibat secara aktif bersama-sama dengan masyarakat setempat di dalam pelbagai program yang dirancangkan. Antara inisiatif komuniti yang terbesar pernah dilangsungkan adalah 'Fiesta Tanglung' bersempena dengan Festival Musim Luruh Pertengahan dengan kerjasama Persatuan Penduduk. Selain itu, Tesco turut membangunkan sebuah pondok polis di Tesco Puchong bagi membantu polis untuk mencegah serta menangani gejala jenayah di kawasan tersebut.